Dapur Manik - Manik Kayangan

Sunday, January 14, 2007

Begedil Ayam



Bahan bahan:

3 ketul daging Ayam dikisar halus
6 biji kentang sederhana besar (direbus dan dilenyek)
3 ulas bawang merah (diricih halus)
3-4 sudu tepung gandum
1 1/2 sudu garam halus
1 biji telur (dipukul)
Daun bawang (diricih halus)
Minyak masak.

Cara-Cara:
Gaulkan daging ayam yang telah dikisar dengan kentang, bawang merah, tepung gandum, garam dan daun bawang sehingga semuanya sebati. Tambah garam jika kurang masin. Bentuk kan menjadi bebola leper sederhana besar. Lumurkan begedil ke dalam telur yang telah dipukul dan terus masukkan ke dalam kuali untuk digoreng.(Lumurkan begedil satu persatu dan elakkan dari merendam begedil dengan banyak ke dalam telur.)

Hidangan : 30 biji begedil

Axa: Pertama kali axa masak begedil ni, masa axa mengandung. Axa tak belajar dari sesiapa, hanya menyalin resepi dalam internet dan cuba buat. Alhamdulillah berjaya. Begedil ayam ni makan nasi memang sedap dan biasa nya axa buat begedil untuk makan dengan mee hoon sup. Setakat ni, begedil axa memang menjadi kegemaran family axa. Bahannya murah dan ringkas untuk dimasak.

Chicken Baked Rice

Bahan-bahan:

1 pot beras
2 ketul ayam bahagian dada (dipotong dadu)
1 tin cendawan butang
1 mangkuk keju cheddar / mozarella (diparut)
1 tin mushroom soup
Kubis bunga
Carrot
Bawang putih (dipotong halus)
Garam
Minyak masak

Cara-Cara
1. Masak nasi seperti biasa
2. Tumis bawang putih dan masukkan ayam yang telah dipotong dadu.
3. Masukkan kubis dan carrot yang telah dipotong kecil2.
4. Masukkan cendawan butang.
5. Goreng sehingga ayam dan sayur2an di atas empuk.
6. Masak mushroom soup seperti biasa (ikut arahan diluar tin)
7. Letakkan nasi yang telah dimasak ke dalam mangkuk (untuk seorang)
8. Letakkan beberapa sudu ayam dan sayuran yang telah digoreng dan gaulkan bersama nasi.
9. Ambil beberapa sudu mushroom soup dan tuangkan kedalam nasi yang telah dicapur dengan ayam dan sayuran tadi sehingga nasi agak basah.
10. Taburkan keju cheddar / mozarelladi atas nasi dengan menutupi nasi tersebut.
11. Bakar dalam ketuhar lebih kurang 20-25 minit dalam api yang sederhana.

Hidangan : Utk 2 orang

Axa: Actually baked rice memang kegemaran axa terutama masa axa mengandung. Masa tuh punya la cari resepi tak jumpa2 dan akhirnya dapat pun resepi ni. Cuma axa guna keju cheddar dan axa rasa kalau nak lebih sedap guna keju mozarella. Baru la leh tarik2 macam pizza. Kalau nak makan yang ready made, yang paling sedap axa pernah makan kat Swensen. Harga nya lebih kurang 15.90 semangkuk dan kalau nak yang murah gi la ke Dominos Pizza, harga dalam 8.90 je. Saper2 yang nak try makan nasi dengan cara western.. ni la menu yang paling sedap.

Thursday, January 11, 2007

Chocolate Chip Muffins




INGREDIENTS
2 cups all-purpose flour
1/2 cup white sugar
3 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
1 cup milk
1/3 cup vegetable oil
1 egg
3/4 cup mini semi-sweet chocolate chips
3 tablespoons white sugar
2 tablespoons brown sugar
DIRECTIONS
Heat oven to 400 degrees F (205 degrees C). Grease bottoms only of 12 muffin cups or line with baking cups.
In a medium bowl, combine flour, 1/2 cup sugar, baking powder, chocolate chips, and salt; mix well. In a small bowl, combine milk, oil and egg; blend well. Add dry ingredients all at once; stir just until dry ingredients are moistened (batter will be lumpy.)
Fill cups 2/3 full. Sprinkle tops of muffins before baking with a combination of 3 tablespoons sugar and 2 tablespoon brown sugar.
Bake for 20 to 25 minutes or until toothpick inserted in center comes out clean. Cool 1 minute before removing from pan. Serve warm.

Axa: Muffin ni axa masak sebab nak cuba resepi yang axa dpt dr satu laman web. Axa nak buat untuk kenduri Aqiqah Aszra nanti. So far, ni muffin yang paling sedap yang axa buat la.. ada jugak try 2-3 resepi lain. Tapi yang ni yang memuaskan hati.

Jom Masak

A'kum..

Ini ialah first posting untuk blog Dapur Manik-Manik Kayangan. Blog ini khusus axa bina untuk menyimpan dan berkongsi resepi. Semua resepi yang bakal axa paparkan ialah resepi2 masakan yang akan axa masak sendiri. Axa suka masak? Kalau nak tahu, sepanjang usia dr lahir sampai umur axa 26 tahun, axa memang tak pandai masak. Masa air, maggi, telur, nasi (kadang2 jelantah pun ada) tu je la yang axa tahu. Semua bergantung pada mak sebab mak masak memang sedap. Axa pun kurang ke dapur sebab mak memang tak suka orang kacau dia masak. Sejak axa kawin, macam2 yang axa belajar. Dari tak pandai apa2 tentang masa, sampai la sekarang ni alhamdulillah axa dah pandai untuk masak walaupun tak lah seexpert mana. Masa awal2 kawin, axa tak selalu masak, tapi axa perasan masa kandungan axa masuk 7 bulan, axa rajin sangat masak. Mcm2 axa dah cuba dan sampai sekarang axa macam seronok je nak cuba resepi2 baru. Dan insyaAllah kat sini.. axa akan kongsi resepi apa yang axa masak... ok.. jom masak!